BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 22 Julai 2009

SEJARAH PENULISAN AL-QURAN

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. al-Quran tidak ditulis dalam 1 mashaf ataupun kitab kerana ayat Quran diturunkan secara beransur-ansur mengikut keadaan dan peristiwa yang bersesuaian. Apa-apa ayat yang Nabi terima dari Jibril a.s, Nabi menyampaikan ayat tersebut kepada para sahabat pula dan seterusnya sahabat menyampaikan kepada para tabi tabiin. Sebab lain ayat Quran tidak ditulis pada zaman Nabi kerana para sahabat mempunyai daya ingatan yang kuat dan mereka mampu menghafal kesemuanya dan sentiasa tersimpan di dalam hati mereka tanpa menulis ayat tersebut.Ada juga para sahabat yang cukup faham ayat2 yang telah diterima.

Ada juga sebahagian daripada sahabat yang menulis ayat Quran yang diterima untuk simpanan sendiri. Tetapi mereka menulis tidak dalam 1 mashaf kerana pada zaman Nabi tiada lagi alat2 tulis seperti zaman sekarang. Maka ada di antara mereka menulis ayat2 Quran di pelepah2 kurma, di dinding rumah dan pada kepingan2 batu.

Baginda s.a.w. juga mempunyai jurutulis untuk menulis ayat2 al-Quran yang telah diwahyukan kepada baginda. Antara jurutulis Baginda ialah: Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Othman,Saidina Ali, Zaid bin Thabit, Ubai Bin Kaab dll. mereka diperintahkan menulis wahyu dibawah arahan baginda sendiri.

Nabi pernah mengutuskan 70 ahli Qurra'(penghafal Quran) untuk mengajar salah satu suku kaum tetapi semasa di dalam perjalanan, mereka dihalang oleh satu kumpulan Bani Sulaiman dan akhirnya 70 ahli Qurra' tersebut telah dibunuh. (di dalam riwayat Nabi mengatakan bahawa ada seorang ahli Qurra' terlepas kerana yang pergi adalah 71 orang).

Selepas Nabi mengetahui mengenai kematian 70 ahli Qurra yang telah diutuskan baginda, berlakulah bacaan doa Qunut yang dilakukan oleh Nabi selama sebulan selepas rukuk yang mana doa Qunut tersebut dilakukan untuk mendoakan supaya dihancurkan kumpulan yang membunuh 70 ahli Qurra' tersebut.

selepas kewafatan Nabi,pada zaman pemerintahan Abu Bakar as-Siddiq, ramai orang Islam yang telah murtad,ada yang mengakui diri mereka sebagai Nabi dan ada yang enggan membayar zakat. Maka telah berlakulah peperangan al-Yamamah di mana Saidina Abu Bakar telah menghantar tentera Islam seramai 70 ahli Qurra' supaya memerangi orang yang murtad. Dalam peperangan tersebut, ramai ahli Qurra' yang terbunuh,dan jumlah ahli Qurra yang terbunuh kesemuanya dicampur dengan pembunuhan ahli Qurra pada zaman Nabi menjadikan 140 ahli Qurra yang telah terkorban.

Disebabkan kematian ahli Qurra yang terlalu ramai, maka saidina Omar telah menyuruh Saidina Abu Bakar supaya al-Quran ditulis dan dikumpulkan menjadi 1 kitab. Hal ini berlaku kerana dikhuatiri ayat Quran akan hilang begitu sahaja akibat kehilangan penghafal Quran.
Apabila saidina Omar menyuruh dilakukan penulisan dan pengumpulan Quran, maka saidina Abu Bakar berkata :"bagaimana aku nak lakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh Rasulullah?
tetapi saidina Omar memujuk Saidina Abu Bakar sehinggalah Abu Bakar akhirnya bersetuju untuk mengumpulkan Quran.

Saidina Abu Bakar berjumpa dengan Zaid bin Thabit supaya mengumpulkan ayat2 Quran untuk dijadikan 1 mashaf dengan berkata : "wahai Zaid, kamu pemuda yang cerdik, pintar, gagah dan tidak pelupa. dan kami tidak pernah mencela kamu. dan kamu merupakan penulis wahyu yang diamanahkan oleh Rasulullah s.aw." Saidina Abu Bakar melantik Zaid bin Thabit kerana mempunyai perwatakan yang bersih, masih muda dan gagah untuk melakukan pengumpulan Quran dan Zaid merupakan penulis Wahyu di atas arahan Rasulullah.

seterusnya, Zaid bin Thabit melakukan tugasannya iaitu mengumpul ayat2 Quran dengan cara pergi ke rumah sahabat2 yang ada menyimpan ayat Quran, maka dikumpulkan kesemua ayat2 Quran dan dibukukan menjadi 1 kitab. dan akhirnya diserahkan kepada Saidina Abu Bakar dan disimpan olehnya yang disebut sebagai suhuf. ayat Quran ditulis dengan 7 ahruf iaitu mengikut lahjah@ bahasa suku kaum arab kerana kalimahnya tidak mempunyai baris dan titik. Selepas kewafatan saidina Abu Bakar, diserahkan mashaf tersebut kepada saidina Omar dan selepas kewafatan Omar,diserahkan pula kepada anaknya Hafsah untuk disimpan.

Dan pada zaman pemerintahan saidina Othman, mashaf tersebut disimpan oleh Saidina Othman, dan saidina Othman membuat satu kitab al-Quran dengan menyalin semula dari suhuf dari zaman Saidina Abu Bakar. Al-Quran pada zaman Othman ditulis mengikut susunan ayat Quran yang dimulai surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas berdasarkan wahyu yang mana telah berlaku pembentangan terakhir kepada Jibril oleh Nabi, dan terdapatnya ayat yang dimansuhkan, dibetulkan oleh Jibril a.s.

Maka sekarang al-Quran yang kita baca merupakan susunan semula yang dilakukan pada zaman Othman, dan dinamakan resam Othmani.

0 comments:

~kite tengok sape paling bnyk score~