BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 10 September 2009

~peperangan di bulan Syawal~

..::PERANG UHUD::.

# dinamakan sebagai perang uhud kerana peperangan tersebut berlaku di tempat yang dikelilingi bukit uhud. Dan ianya merupakan satu platform untuk Quraisyh membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada perang Badar yang lalu.

# kekalahan dalam perang Badar menyebabkan Quraisyh menyiapkan pasukan yang lebih besar iaitu 3000 pasukan, bersenjata lengkap termasuk 200 pasukan berkuda. tetapi pasukan Islam hanyalah sekitar 1000 orang.

# perang uhud terjadi pada hari Sabtu 7 Syawal tahun 3 Hijri, yang berakhir dengan kemenangan pihak Quraisyh. pasukan Islam yang syahid seramai 70 orang manakala dari Quraisyh gugur 20 orang.

# dibukit Uhud, Rasulullah telah mengarahkan 50 orang pasukan memanah supaya membuat kubu pertahanan di atas bukit dan arahkan mereka supaya tidak meninggalkan bukit tersebut samaada kalah atau menang sehingga diberitahu.

# pada awalnya kemenangan hampir sahaja diperolehi oleh pasukan Islam, pihak Quraisyh mula berundur dan lemah. tetapi kerana kilauan harta rampasan (ghanimah), mereka yang diarahkan oleh Rasulullah supaya menjaga di atas bukit (dibarisan belakang) meninggalkan bentengnya. sehingga Khalid ibn Walid dengan pasukan berkudanya menyerbu dari belakang (iaitu melalui bukit yg ditinggalkan oleh pasukan pemanah yang diarahkan tadi). yang mana menjadikan pasukan Islam kucar-kacir dan Nabi sendiri mengalami luka-luka. dan ada juga terdapat dakwaan dan anggapan dari pasukan Islam mengatakan Nabi terkorban yang menyebabkan tentera Islam menjadi lemah dan tidak semangat sehingga mereka berpecah (sebahagiannya lari dan sebahagian masih berperang).

# tetapi sebenarnya Nabi dan sahabat (Abu Bakar, Umar dan Ali) masih selamat walaupun mengalami luka. dan ada dari pihak Quraisyh yang datang kepada Nabi untuk membunuh baginda iaitu Ubai bin Khalaf. tetapi baginda sempat mengambil lembing dan terus menikam Ubai sehingga mati dan itu merupakan pembunuhan pertama dilakukan baginda.

# dalam peperangan ini juga, Hamzah bin Abd Mutalib yang merupakan salah seorang panglima Islam turut dibunuh, yang mana dadanya ditebuk dan hatinya dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan.

# sebab-sebab kekalahan umat Islam di perang Uhud :
1. perpecahan dalam menerapkan strategi perang, antara yang bertahan dalam kota dan yang bertahan dalam kota. banyak pengikut perang uhud mereka yang baru masuk Islam. niat dan motive mereka tidak lagi sebersih niat ketika perang Badar. tetapi kerana inginkan harta rampasan. Pasukan memanah yang ditugaskan menjaga celah antara dua bukit dibarisan belakang, tergoda dengan harta rampasan sehingga mereka meninggalkan benteng mereka.

2. Nabi tidak membolehkan orang Yahudi ikut perang, kerana kurang percaya pada kesetiaan yahudi. Orang munafikin di bawah Abdullah ibn Ubay berpatah balik ke Madinah dengan 300 org pengikutnya sehingga yang berangkat berperang hanyalah 700 pasukan.

3. Adanya keyakinan yang berlebihan pada sebahagian umat Islam pada kemenangan kerana berpengalaman dalam kemenangan perang Badar.

# Kesan perang Uhud :
bagi umat Islam, terjadi krisis kepercayaan dan sedikit kebingungan akan janji kemenangan dari sisi Allah. Bagi Quraisyh dapatlah mereka membalaskan sakit hati kekalahan Badar.
dan mendapat ejekan dan celaan dari yahudi dan munafik Madinah setelah pasukan Islam pulang dari perang yang mengatakan bahawa umat Islam pasti selamat kalau tidak pergi berperang.

# Pengajaran dari perang Uhud :
umat Islam harus sentiasa rendah hati dan tidak boleh sombong mendapati sesuatu kemenangan. dan hendaklah memperbaiki niat untuk berjuang di jalan Allah mencari keredhaan-Nya. dan setiap arahan ketua haruslah dipatuhi.

0 comments:

~kite tengok sape paling bnyk score~