BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 21 Mei 2011

TERIMA KASIH CIKGU!!

بسم الله الرحمن الرحيم

...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته......


Kisahku bersama cikgu2 ku...

~TADIKA PASTI~
TAHUN 1994

ketika itu aku masih berumur 6 tahun...aku masih kecil sekali, tidak pandai mengeja, tidak pandai mengira, tidak pandai menulis tidak pandai membaca, tidak pandai mengaji..aku tidak mengerti apa-apa..tapi dengan izin ALLAH aku dihantar ke Tadika Pasti oleh ibu ayahku....sedikit demi sedikit aku mengerti, aku bisa mengenal huruf A B C, ALIF BA TA, bisa mengeja , menulis, mengira 1 2 3, membaca dan sebagainya..cikgu ku tidak putus asa mendidik ku, mengajarku sehingga aku boleh melakukannya..
TERIMA KASIH CIKGU!!



~SEK KEB DESA TEMU JODOH~
TAHUN 1995-2000

bila umur ku meningkat 7 tahun, maka tamatlah pendidikan ku di Tadika Pasti..dan seterusnya ibu ayahku menghantar ku ke SEK KEB DESA TEMU JODOH. aku mendapat di sekolah tersebut selama 6 tahun iaitu dari umurku 7 tahun sehinggalah 12 tahun.
bila tiba di sekolah ini, semakin banyak ilmu yang aku pelajari..bermacam2 benda baru aku perolehi... tanpa jemu dan penat lelah, cikgu-cikgu ku tetap sabar n tabah mendidikku....memberi tunjuk ajar, membantuku semua perkara yang baru bagiku...
sehingga usia 12 tahun, aku dan kawan2 menduduki peperiksaan UPSR,..cikgu-cikgu semakin bersungguh mendidik kami untuk memberikan kejayaan kepada kami.....Alhamdulillah, dengan berkat ibu bapa, guru-guru aku berjaya dalam UPSR...
TERIMA KASIH CIKGU!!



~SEK MEN AGAMA (ARAB) BUGISIAH TAMPOK~
TAHUN 2001-2005
bila umurku masuk 13 tahun....aku menyambung pendidikanku di Sek Men Agama (Arab) Bugisia Tampok..sebelum masuk sekolah ini, aku keliru untuk memilih sekolah, sama ada sekolah di tempat sendiri ataupun Sek Arab....
tapi dengan izin ALLAH..aku ditakdirkan berada di SEK MEN AGAMA BUGISIAH TAMPOK...ini merupakan pilihanku sendiri.....terima kasih pada keluarga yang sanggup menghantarku ke sekolah tersebut....tidak sangka pada usia 13 tahun, aku terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana duduk asrama...rumahku dengan sekolah agak jauh..
di sekolah ini, aku mempelajari lagi satu ilmu baru, iaitu BAHASA ARAB..pada mulanya, aku tidak mengerti....tapi dengan berkat guru-guru yang tidak jemu mendidik ku,,maka sedikit demi sedikit, aku mula mengerti dalam subjek BAHASA ARAB...
agak tercabar bila masuk sekolah ini kerana semua murid perlu belajar 2 bidang, iaitu bidang akademik dan Arab...
banyak imu baru aku dapat di sekolah ini,....aku boleh melakukannya...guru-guruku banyak mengorbankan tenaga demi kejayaan anak muridnya...
TERIMA KASIH CIKGU!!!



~MAAHAD JOHOR~
TAHUN 2006

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya dalam peperiksaan SMA (sijil menengah Agama) dan SPM...dengan keputusan yang agak baik,,,aku diterima masuk ke MAAHAD JOHOR..hanya setahun sahaja aku di sini,,tp di sinilah banyak perkara yang aku pelajari.. di sini aku menyambung lagi untuk bidang agama (Arab)...dan disini aku menduduki peperiksaan besar STAM iaitu peperiksaan Sijil Tingga Agama Malaysia...
guru-guru di sini, banyak memberi tunjuk ajar, banyak mencurahkan ilmu mereka kepada kami...mendidik kami sehingga kami berjaya dalam STAM.....sabar dan tabah melayan kerenah kami...sentiasa membantu ketika kami memerlukan....
TERIMA KASIH CIKGU!!



~MARSAH~
TAHUN 2007 (3 BULAN)

selepas tamat di Maahad Johor..aku mengambil kursus Bahasa ARab 3 bulan sahaja sementara menunggu keputusan kemasukan universiti...
selama 3 bulan aku belajar Bahasa ARAb..cara bercakap dalam bahasa Arab..paling best, guru yang mengajar adalah orang Arab..
TERIMA KASIH CIKGU!!!




~UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA~
TAHUN 2007-2010

Alhamdulillah, aku diterima masuk ke UKM..dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan dalam pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah..
di sini, kami dididik oleh pensyarah yang sangatlah kami hormati...banyak ilmu yang kami dapat daripada mereka....Alhamdulillah dengan berkat didikan mereka dan doa mereka serta ibubapaku..aku berjaya akhirnya....dan kami selamat menamatkan pengajian di UKM dan selesai sudah majils konvokesyen kami...
TERIMA KASIH CIKGU!!!


~terima kasih kepada insan yang bergelar cikgu, guru, ustaz, ustazah, pensyarah dan yang pernah mendidik saya termasuk ibu bapa saya.....
tanpa mereka, siapa lah saya di muka bumi ini.....tanpa usaha mereka, ke manakah agaknya sekarang saya berada....
semuanya ketentuan ALLAH..
tetapi perlu lah ingat....walaupun guru berkorban untuk kita dan lakukan untuk kita supaya berjaya, yang penting sebenarnya adalah diri kita...
tanpa usaha kita,,, sia2 sahaja usaha guru-guru kita...
ingatlah kata-kata ALLAH, mafhumnya:
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri"...

jadi, berusahalah untuk mengubah diri agar menjadi insan yang berguna dan dapat memanfaatkan untuk orang lain..selagi ada doa dan usaha, insyaALLAh...tidak mustahil kejayaan akan menjadi milik kita...~



Sabtu, 20 November 2010

~CINTAILAH ALLAH~

Cintailah Allah Yang Maha Esa....

Cintailah Allah Yang Maha Besar....

Cintailah Allah Yang Maha Bijaksana.....

Cintailah Allah Yang Maha Penyayang...

Cintailah Allah Yang Maha Pengasih.....

Cintailah Allah Yang Maha Berkuasa.....

Cintailah Allah Yang Maha Pencipta Sekalian Alam....

Cintailah Pesuruh Allah......Nabi Muhammad S.A.W....

"Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah....dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah...."

Takutlah kita kepada ALLAH.....sujudlah kita pada-Nya....bersyukurlah kita pada Nya dengan segala nikmat yang diberikan.....

"Amar Maaruf Nahi Mungkar"


Selasa, 31 Ogos 2010

TANGGAL 31

SALAM MERDEKA......^_^

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53


31 OGOS 2010

Sabtu, 28 Ogos 2010

~SaaT Lafaz SaKinah~


Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu...

Lirik Saat Lafaz Sakinah – Far East




~isteri adalah amanah besar dari Allah yang dipertanggungjawabkan kepada suami..bukannya hak milik tetapi anugerah yang perlu disayangi dan dibimbing ke jalan ALLAH....~

Selasa, 17 Ogos 2010

~DAMBA CINTAMU~

Damba Cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat



by: kump nasyid Raihan


~ tersentuh hati kala mndengar n mghayati lirik nasyid ini...
sbg mnusia,, mmg kdg2 kte lupe akan dosa yg kite lakukan...
Ya ALLAH...Kau ampunilah dosa2 ku.....aku hanya insan yang lemah yang
sentiasa mengharap belas dariMU...~

ASTAGFIRULLAH AL-'AZIM...
ASTAGFIRULLAH AL-'AZIM...

Khamis, 12 Ogos 2010

~buLan yg dirindui~


..::AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL-MUBARAK::..

KEDATANGAN BULAN YANG SENANTIASA DINANTI2KAN OLEH SEMUA UMAT ISLAM AKHIRNYA KINI TELAH TIBA..

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM...AGAR RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA BUAT SEMUA...

MARILAH KITA SAMA2 REBUT PELUANG DI BULAN YANG MULIA INI DENGAN MEMPERTINGKAT DAN MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH KITA...

"SALAM RAMADHAN" ^_^

Rabu, 11 Ogos 2010

~konvokesyen-38 2010 UKM~



Syukur Alhamdulillah ku panjatkan kpada Yang Maha Esa....

tepat jam 9.00 pg 9/8/2010 hari Isnin, berlangsunglah sidang konvo ku...
disebabkan sidang fakulti kami waktu pg, awal2 pagi lagi sudah membangunkan diri untk mempersiapkan diri menghadiri sidang konvo...

mak ayah ku, akak n adik2ku berangkat dari melaka pkul 4 pagi dan akhirnye selamat tibe di UKM jam 730 pg..Alhamdulillah perjalanan mereka sume selamat...bahagia nye rasa nampak kelibat mereka...

mak ayah ku trus ku hantar ke dalam dewan konvo (dectar)...dan yang lain2 terpaksa la duduk diluar sebab pas masuk hanya 2 sahaja.. dan aku n kawan2 yang lain beratur di luar dewan..time tu mmg kecoh sekali borak ngn kawan2 yang akan same naik pentas...=)

sempat berposing lagi...;D

jam 9.00 para graduan diminta masuk ke dalam dewan..time tu mak ayah da masuk dalam dewan terlebih dahulu, perasan masa masuk dewan tu..rasa terharu sgt..mencari2 kelibat mak ayah kat dlm dwan tu..tp xjmp pun..sbb ramai sgt..hu2

majlis konvokesyen sidang kami dtangguhkan pada jam 1230..sepatutnya pukul 12.00 dah tamat, tapi xtau lah nape leh lambat time tu..hu2..tp akhirnye tamat juga sidang kami..

bila keluar dewan,,,,emm keadaan amat sesak sekali..time tu kelam kabut cari mak n abah..hu2..
dahlah mak n abah xde pegang hp..dalam keadaan sesak masa tu,, mmg ssh nak cari kuarga masing2...tp Alhamdulillah akhirnye bjumpa jgk kami...tp memang sesak sgt kat luar dewan..nak bgmbar ngn kawan2 memang xsempat lah..msg2 sbuk dengan family sendiri..

abg ude n akk ipar ku datang juga tapi lambat...dpt la sejambak bunga dari akk ipar..dan paling best, mak pun bagi bunge jgak..terima kasih mak..syg mak..=)

terima kasih juga buat kawanku hajar & hafiz yg sudi datang dan memberi hadiah comel..
xlupe jgak buat angah & isteri dia yang bagi sinchan comel..=)

sempat jugak bergambar dengan family...tp keadaan cuaca time tu agak panas...jadinye,,xbanyak sgt pic yang dpat di tangkap..xpela..wlaupn ckit, ttap ad kenangannye..

akhirnye,..berakhirlah pengajian ku di UKM selama 3 tahun mengharungi pelbagai cabaran n dugaan...ilmu yang dcurahkan oleh pensyarah2 di UKM akan diingati dan diamalkan untuk masa hadapan...dan pertolongan kwan2 sperjuangn dalam menuntut ilmu amat dhargai..

kenangan pahit manis bersama sahabat2 di UKM..xkan pernah ku lupekan...



3 tahun pengajian UKM memberi seribu satu makna buat diri,
xkenal erti penat lelah meneruskan perjuangan mencari ilmu,
akhirnye kami berjaya mendapat segulung ijazah,
terima kasih Ya ALLAH...

kini..tiba masanye melangkah ke dunia yg lebih mncabar...
Ya Tuhan..smoga Kau permudahkan segala urusanku..
berikanku kekuatan dan semangat serta ketabahan dlm menempuhi onak duri n liku2 kehidupan ini..teguhkan imanku agar tidak tersasar dari jalan MU...amin





Ahad, 1 Ogos 2010

~keberadaanku di Bumi ukm~

Alhamdulillah syukur padaNYA...
akhirnya niat utk datang ke ukm tercapai juga....terima kasih buat sahabatku azimah yang sudi mbelikan tiket bas dr segamat ke seremban..tepat jam 12 tghari hari jumaat/30hb julai, bas transnasional yang aku naiki bergerak utk sampai ke destinasi..Alhamdulillah sepanjang 3 jam perjalanan, tiada perkara buruk yang berlaku...dan selamat sampai ke destinasi di ktm seremban..

sampai je di ktm seremban...masyaALLAH, ramai sungguh manusia di situ...tak tau plak hari jumaat tu kebanyakan pelajar asrama bercuti pulang ke kampung...tu yang meriah smacam ktm sremban...kalau dah ramai, mcm biasalah..nak beli tiket ktm trpaksa lah beratur panjang..hu2

tiba di ktm seremban, aku dah berjanji dengan seorang kwnku Wati utk tunggu di ktm..setelah menunggu, jam 3 lebih akhirnya berjumpa juga kami setelah lebih kurang 2 bulan xjumpe..

naik ktm dalam jam 430 petang..keadaan manusia yang sesak masa nak tunggu ktm menyebabkan kitorang berebut2 masuk dlm ktm..hu2..sampai ukm dlm kul5 lebih...

Alhamdulillah, sampai juga kami kat ukm...rasa mcm dah lame xdatang ukm..emm sebenarnya tujuan datang sini sebab nak uruskan hal konvo dan jpa..

31 hb hari start amik jubah konvo..sebab tu lah dtg ukm 30hb hari jumaat..=)

jubah konvo pun dah amik dengan wati...emm beratur panjang tu beselah..selesai je amik jubah konvo n cenderamata,...plan ngan wati nak p kajang...akhirnye p jugakla kami...berjalan sakan kat kajang sampai petang..hu2..lpas dr kajang tu,,xterus blk ukm..tp p bangi plak sebab ada pasar malam kat bangi..hehe..tp memang meletihkan sekali..bese lah,kalo da seharian berjalan mesti badan rasa letih..hu2..

baru 2hari aku berada di ukm...tp dah p berjalan..=)
insyaALLAH aku akan menetap di ukm sehingga lah tibe waktu konvo nanti 9hb Ogos 2010...
4hb-10 Ogos ade pesta konvo UKM..sahabat2 jemputlah datang..(^_^)

Khamis, 17 Jun 2010

berakhirnya sbuah cerita..~

SaLam....

lame xbkk blog ni...em...skrg ni da abis blajar kat ukm....xsgke dah 3 thn upenye belajar kat ukm...bsama pnsyrah2 dan kwn2 sperjuangan....

syukran jazilan kpd barisan pnsyarah yg byk mnddik kami, memberi ilmu yg amat brmnfaat tuk sy n kwn2...sgala pngorbanan dan jasa2 kalian xkan pnah dilupekan...

buat2 teman2 spejuangn...plbgai cbran n dgaan kte harungi bsama utk mnuntut ilmu...pastinya bnyk tsmpan kngn pahit manis suke duke spnjg kte brada di bumi UKM... sgala bantuan kwn2 xkan dilupekan...sgala kngn kte bsama akn sntiasa tsemat dlm ingatan....

Terima kasih semua....:))


"setiap ptemuan pastinya tercipta perpisahan....."

Selasa, 13 April 2010

~ kenangan bersamamu sahabat2~

bersama kawan2 sjabatan...

gmbar kenangan sahabat2 semodul..~

miss you all..my beloved friends..~

bsama kawan x-MJ...~

~kembali~

Assalamualaikum....
lame rasanye xmencoret kat dlm blog ni...hmm...mgkin sbb sibuk sjak akhir2 ni...
harap2 shbat2 sihat walafiat hendaknya...

hmm..rupe2 nye dah xlame aku kat bumi ukm ni..huhu~ sdh rasanye..sayu hati ini rasanya...nak mninggalkan tmpat yg byk menyimpan byk kenangn suka duka...xsggup nak hadapi ppisahan ngn kwn2 yg sma2 bjuang di Ukm ni...pasti rindu pada mreka...tp apekan daya,,sudah adat ptemuan,pastinya ada ppisahan..tidak sume yang kita nak akn dpat....Allah lebih mngetahui apa yang terbaik utk hamba2Nya....akurlah dngn kehendakNya...~

tidak smp sbulan aku di bumi UKM ni,...ksibukan exam mnyebabkn aku kdg2 terlupa bhawa aku akan bpisah ngn kawan2 di UKM ni...

Ya Tuhan,,,Kau berilah hambaMu ini kekuatan dan smgat utk mghadapi sgala dugaan dan cabaran yang mendatang.....Limpahkan rzki dan pmudahkan sgala urusanku,..Amin..

Buat teman2 shabat2......ku susun10 jari memohon kemaafan atas sgala salah silap yang pernah membuat kalian terasa, kecil hati dan mcm2 lagi....ak hnya hamba yang lemah yang xpnah lari dr ksilapan....maafkan aku jika melukai kalian.... smoga kita sme2 bjaya..

~SaLam kerinduan...salam perpisahan~

Selasa, 23 Februari 2010

~MENERUSKAN PERJUANGAN~

^...^
SALAM KEMBALI....~

harap sahabat2 yg dikasihi sihat hendaknya...:)
Alhamdulillah..setelah seminggu bcuti..akhirnya kembali sudah ke tempat pengajian..
perjuangan sbgai seorang pelajar perlu diteruskan....tesis ku WAJIB disiapkan sebelum April ni...
Semoga dipermudahkan dalam menyiapkan tesisku ini...Amin..

moga2 segala perkara yg dilakukan mndapat keredhaan dari-NYA,,amin..

untuk kwn2 yg juga membuat tesis...gud luck yer..:)
jangan cepat putus asa dan mengeluh..lumrah dalam melakukan kerja perlu ada kepayahan..
untuk mendapatkan kemanisan,,kita perlu merasai dulu kepahitan ..barulah kemanisan itu dinikmati dengan penuh rasa syukur...

kejayaan takkan datang bergolek kalau kita tidak usaha sendiri,, (^_^)

"ok..itu sahaja...WSALAM :)

Isnin, 8 Februari 2010

~assignment oh assignment~

salam 'alaikum...(",)

tepat jam 1 pagi...
Isnin/8.2.2010

kaifa hal alaikum?? (",)
hmm..x sangka cpat je masa berlalu..dah masuk ari Isnin rupenye...
Alhamdulillah bersyukur pada-NYA, akhirnya telah berjaya menyiapkan salah 1 assignment yang sebelum ni memang betungkus lumus nak siapkan..huhu~
dari siang tadi-petang dengan izin Allah akhirnya selesai juga keje book review..huhu~
tapi, xbermakna aku boleh senang-lenang rehat2..huhu~
sebab ade lagi assgnment lain yang sedang menunggu aku tuk disiapkan..tapi tuk assgnment seterusnya, aku buat dengan kawan (by group)..
assignment tu nak xnk kena gak siapkan sbb minggu ni last kena anta..huhu~
assignment oh assignment...
mcm rabun je aku rasa sebab mghadap laptop je hari2..huhu~

x sabar nak siapkan semua assignment sebelum cuti...rasa lega kalo da siapkan sumenye...huhu~
dah rindu sangat nak blik kampung...huhu~
cepat2 la hari Jumaat sbb tket balik hari Jumaat/kul3....(",)

untuk mak ayah, adik2 n anak sdara ku yg comel2..tggu ye kepulangan anakmu, akakmu dan cik iela mu ini......hehe..rindu sgt dah ni...huhu~

tluah gak rasa rindu dalam hati dalam blog ni...huhu
cukuplah sampai sini sahaja....esok pagi nak kena bangun awal, kena jalankan tggjawab sbg seorang pelajar...(g kuliah n tutor..huhu~)


"Lakukanlah setiap pekerjaan dengan sungguh2, ihklas dan sabar....biarlah kita letih n penat dalam lakukan stiap pekerjaan itu...pastinya hasil pekerjaan kita akan membuatkan kepenatan kita terus hilang dek kerana kepuasan dan rasa kesyukuran pada-Nya dengan kerja yang kita lakukan....Dia sentiasa bersama hamba2-NYA...(",)"

Rabu, 3 Februari 2010

~kisahku~

~SALAM~

Petang ini, di bumi UKM dibasahi hujan yang agak lebat...ketika ini, teringat pula aku pada kenangan2 lama di sek..emm indahnya waktu itu...pahit manis suka duka ku lalui bersama teman2,sahabt2 seperjuangan...

tiba2 aku teringat satu lirik lagu nasyid, sehingga sekarang lirik itu masih segar dalam ingatanku..
aku tidak pernah lupa dari mengingati liriknya,,kerana lagu tu merupakan kenangan bagi ku ketika mewakili rumah sukan bagi prtandingan Nasyid...

bila dikenang2 semula...memang rasa gembira pada waktu itu kerana kump kami menjuarai nasyid itu..(1st time jadi ktua, huhu)..Masa tu aku dah form5..tahun akhir aku di sekolah itu...jadi sbelum aku keluar dari sekolah..nak lah juga ad kenangan jadi ktua...huhu~
sebelum ni penah jadi ktua,, tp wakil tuk asrama...tuk sek tak pernah lagi...

tapi sedih juga sebab takde gambar kenangn msa kami bernasyid...:(
xpelah..yg pnting kenangan tu msh segar dalam ingatan ni....

nasyid yang aku n kawan2 bawa ms pertandingan tu..lagu dari kumpulan Rabbani...tajuk lagu nya tak pasti lah betul tidak huhu~..(bila Nur melimpah di hati). dan lagu kedua yg kami bawa..lagu Arab..(lagu arab tu memang best)...so Alhamdulillah berkat usaha kami yang tidak henti2..akhirnya, stelah diumumkan sbg Juara....Ya ALLAh, Tuhan shaja yg tahu btapa bsyukur
dan gembiranya aku....paling terharu, aku dapat pelukan dari guruku...bestnya masa tu..:)

akhirnya dapat lah kami menambah mata bagi rumah pasukan kami...:)
emmm,, bnyak lagi kenangan terindah di sekolah ku...xkurang juga, kenangn pahit juga prnahku lalui...tapi semua itu mnjadi pengajaran dan kenangan yg mgkin xdpt dilupakan..

kini,,,tidak sngka masa terus berlalu.,,rupanye telah jauh aku mninggalkn zaman sekolahku...sudah lama aku tidak pergi ke sekolah ku tuk mnjenguk guru2 ku....aku sgguh rindukan mereka...dan kwn2 sekolah juga,,sungguh aku rindu saat itu...

smoga guru2 ku sntiasa dilindungiNya dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik utk meneruskn perjuangan mendidik mereka yang memerlukan ilmu utk masa hadapan..amin

*emm ni, lirik lagu yg membuatkan kami jadi juara :)

Bila Nur melimpah dihati
manusia itu bangun...
dari alam kegelapan..
ibarat mata yang berseri

menatapi mentari pagi..
yang indah nan cerah menerangi
kerana iman dan juga Islam
telah menjadi keyakinan..

Bila Nur melimpah dihati,,
manusia itu bangun
dari alam kegelapan
ibarat mata yang berseri

bila Quran dan Sunnah didaulatkan
ketika itu jiwa dikorbankan
harta kemewahan dilaburkan..
demi untuk agama kebenaran...

thanks pada kwn2 sy yg memberi psmbhan yang mntap ms ptandingan nsyid tu...
(fani, hajar, sabariah, hazwani,,,emm lagi sape ek??...huhu)
sorilah pada sape2 yg xdsbutkan nme nye..:)

ok lah...setakat ni sahaja dari saya...
salam ukhwah dan salam ceria dariku buat kwn2
(^_^)







Isnin, 1 Februari 2010

~ terasa letih~

~SaLam Ukhwah~

sejak kebelakangan ni, rasa diri ini terasa amat letih sekali...mungkin terlalu sibuk menyiapkan tugasan yang perlu disubmit sebelum cuti ni...

rasanya cukup letih sekali untuk meneruskan kerja ni....ya, aku perlukan rehat, tapi bagaimana nak rehat, bila kepala ligat memikirkan psal tugasan dan perkara2 lain...:(

Ya ALLAH,,,,sungguh!! hambaMU ini amat lemah sekali...Kau berikanlah hambaMU ini sedikit Kekuatan dan Ketabahan dalam segala urusan ini....

kadang2 hati rasa tiada kekuatan, tiada daya,..lemah semangat untk melakukannya,,,tp aku tau KAu selalu disisiku....KAu sahaja tempatku meminta pertolongan....

Kau permudahkan hambaMu ini dalam mempelajari ilmuMU ya ALLAh...

ketika ini,,,,rindu pada keluarga terasa menggunung sekali..rindunya....
Aku mohon padaMu Ya Allah..lindungilah mereka orang yang aku sayangi dan kasihi...
jauhkanlah mereka daripada perkara2 yang tidak diingini....

kepada kawan2 ku juga...rindunya pada mereka..telatah mereka..
untuk kawan2 ku.,, maafkanlah diri yang serba kekurangan ini andai pernah menyakiti hati kalian....
Ya ALLAh..Kau lindungilah mereka, kawan2 yg aku sayangi n kasihi,...berikanlah mereka kekuatan dalam mghadapi dugaan yang semakin mencabar...


kini semakin larut malam,, jam hampir menunjukkan awal pagi akan tiba...esok pagi perlu jalankan tanggungjawab sbg pelajar...(pergi kuliah)

keletihan dalam melakukan setiap pekerjaan, pastinya akan mendatangkan kemanisan yang pastinya membuat kite tersenyum puas....(",)

~Insan yg lemah~

Isnin, 25 Januari 2010

~my TeSIs~

ASSALAMUALAIKUM my frenz.......;)

rasanye lame xmencoret di ruang blog ni...mungkin sbb hal2 lain yang banyak perlu diselesaikan smpai xsempat nk mnjenguk blog ni....rasa cam malas pn ade gak sbnarnye,,hehe~..tapi ptg ni rasa mood baik pula, rasa jari ni menggatal nak menaip,hehe~

pejam celik pejam celik xsgka da nak masuk bln 2...rasa skejap sgt di ukm ni...emmm..tp apakan daya masa xkan pernah bpatah balik,,,dia hanya terus maju ke depan seiring dengan kehidupan kita...bila da msuk last year ni,,,rasa mcm2 perasaan ada,,hepi, sdh, n mcm2 lagi lah...

biasanya dh sem last ni,,thn last kena wat projek ilmiah tuk melayakkan seseorang 2 lpas degree.. xsgke akhirnya tbe masa nye tuk ak plak yg melakukannya...huhu~..prkara yg selalu dpikirkan sblm naik sem aritu,,,ialah Tesis..tajuk cadangan mmg da bagi dah,,tp harap2la penyelia mnerima salah satu tajukku...

Alhamdulillah penyelia ku,, ust Fadlan bin Mohd Othman selaku pensyarah di jabatn ku sndri...
antara tajuk tesis yang ak cadangkan ialah :penyakit al-Ain menurut al-Quran dan al-Sunnah..
tajuk ni adalah hasil cdagan dan idea seorang akak yg amat ak hormati..;) iaitu Kak Sakinah..Dia adalah seorang akak yg sedang mengambil master sekarang ni..dia pn sibuk untuk menyiapkan tesisnye...spt ak juga..;)

penyelia aku akhirnye menerima tajuk tsis ku yg da dcadangkan oleh akk syang (kak sakinah)..
cume ust tambah n ubah ckitlah tajuknye..so tajuk nye ialah : al-Ayn menurut al-Quran, al-Sunnah dan pandangan Ulama'....terima kasih ust n kak sakinah yg telah memberikan idea yang bernas tuk tajuk tsis sy..syukran (",)

sekarang ni, gerak kerja tsis aku sekarang ni masih dalam proses...proposal Alhamdulillah telah pn dibncang bsama penyelia dan ade sedikit penambahan n pengubahan yg telah disiapkan...sekarang ni tengah buat isi tuk bab 2....agak mencabar tuk ku lakukan..tp akan ku cuba sedaya upaya n ku pohonkan semangat dr teman2 tuk ak menyempurnakan tesis ku ini....

kepada sape2 yg xpernah dgr or xtau ape yg dimaksudkan dengan penyakit al-Ain ini...tggu ye..;) akan ku ceritakan tapi setelah selesai penyempurnaan tesis ku...hehehe~

ok lah...rasa nye cukuplah sekadar itu..kalau rajin nt, akan ku ceritakan kenangan ku di Terengganu...baru je blk semalam..;) jalan2 di Trengganu brsama kwn2 sejabatan....byk kenangan manis,..pahit tu xsgt kot..hehe~

untuk akhirnya...salam ukhwah dariku buat kwn2 n pmbaca2 yg sudi membuka blog ini..
syukran alaikum...........(",)

Wassalam.....

Ahad, 20 Disember 2009

~ SELAMAT KEMBALI ~

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Salam kembali kawan2 yg telah pulang ke ipta masing2..:)
bila da naik sem baru ni,,,bermula lah pembelajaran yang memang sudah menjadi tugas & tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa/i kan..
diharapkan dengan sem baru yang hampir bermula ni..semoga ditanamkan azam baru yang dapat mendidik jiwa kita menjadi manusia yang lebih baik..

dan kesempatan ini,walaupun sudah terlambat sikit :)..Salam awal Muharam yang jatuh pada hari Jumaat (18/12/09) bersamaan dengan 1 Muharram 1431 H..
Semoga dengan tahun baru ini,memberi semangat baru untuk semester ini agar menjadi student yang rajin berusaha untuk mencapai apa yang diimpikannya..

rasanya cukuplah sampai di sini...:)
Sentiasalah ikhlaskan hati dan niatkan dalam diri dalam segala kerja yang dilakukan hanyalah kerana Allah...

Wassalam :)

Khamis, 5 November 2009

mood exam

ASSALAMUALAIKUM sahabat2..

Malam ni terasa kosong je...hati cam tak tenang je...nape lah agknye..mgkin terkesan ngan exam yg bmcm2 soaln yg agk mncbar,,huhu :(..

td da masuk paper yg ke3....emm mmg sdh la..twakal je..huhu..soaln2 mmg mntap smp xtau nk jwb ape,,,emmm..mmg redha je,,hrp2 ust yg tnda 2 dilembutkn hati bg kami lulus..huhu...

lepas ni ada lagi 2 paper..exam 9hb & 11hb...subjek ni pn mncabar gak..huhu..malam ni xterasa nak study,,,

kwn2 doakn sy yea diberi ketabhan n kekuatan tuk hadapi paper seterusnye..
harap2 ape yg jadi sumenye ada hkmahnye...Allah lebih mengetahui :)

salam perpisahan,,,lepas ni cuti sem..xdpt nak jenguk blog ni..:)

Khamis, 22 Oktober 2009

~menjelang peperiksaan~

Salam alaikum....

"hati ingin berbicara...tetapi jari ini tidak tahu bagaimana untuk menaip memulakan dengan kata2 apa..kdg2 hati ini memberontak..tp kdg2 sukar untuk diluahkan...tapi aku cuba untuk menekan satu persatu huruf di laptop ini..menyusun kalimah, kata2 agar ia menarik untuk dibaca,,agar ianya mudah tersentuh kepada si pembaca..."

tidak ku menyangkanya..bahawa exam kali ini merupakan exam semester yang ke5...begitu pantas masa meninggalkan kita tanpa disedari..tapi itulah hakikat kehidupan dunia yang harus kita terima...tiba2 aku teringat kawan2..ya pastinya aku akan merindui mereka apabila melangkahnya keluar dari ukm ini bersama segulung ijazah...(tak lame dah)

emm,,kembali kepada exam yang tidak lama lagi ini...aku cuba untuk lakukan yang terbaik..tp kdg2 masalah yang timbul menyesakkan hati..tidak tahu bagaimana harusku melupakan untuk seketika..setiap yang berlaku ini ku yakin pasti ada hikmah disebaliknya,,,dan aku perlu memohon kekuatan dan semangat dari Yang Maha Esa,...DIA lah tempatku meluahkan segalanya..

memandangkan esok (jumaat 23hb 10) aku akan pulang kerumah..jadi memang inilah masanya untukku menumpukan sepenuhnya kepada study..dan aku harap masalah yang timbul itu dapat dilupakan seketika..(pasti ada penyelesaiannya)...balik kerana abang angahku kahwin..:)

dan untuk sahabat2,teman2 sperjuangan semua..mudah2an kalian semua dipermudahkan ketika menjawab soalan...jawapan tidak akan datang bergolek tanpa kita usaha dan study..jadikan peperiksaan ini sebagai satu medan untuk kita berjuang..sdiakan kelengkapan secukupnya di dada...dan keluarkanlah segalanya dia kertas jawapan kalian..:)

mudah2an dengan izinNya..kejayaan menjadi milik kita semua..
Doa+Usaha+Ikhtiar+ Tawakal= insyaAllah mendapat kejayaan..amin :)

Sabtu, 3 Oktober 2009

kenangan raya....

Antara gambar2 ceria di Aidilfitri..=)



TQ kwn2 sudi raya ke rumah ku..=)


kaum Adam sibuk ber BBQ


kaum Hawa duduk rileks menunggu ayam da siap dibakar..=)


akak ku ct n suami bsama anak2 nyee


ni lah ank sedaraku..adik iris n abg nye irfan =)




~kite tengok sape paling bnyk score~