BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 10 Ogos 2009

BAGAIMANA DOSA MENJADI BESAR

Ketahuilah bahawa dosa-dosa yang kecil itu boleh menjadi besar kerana beberapa sebabnya..
antaranya ialah :

1. Kerana sering dan terus menerus melakukan dosa.
Oleh itu dinyatakan bahawa tidak ada yang namanya dosa kecil jika dilakukan dosa secara terus menerus, dan tidak ada yang disebut dosa besar jika diiringi dengan istighfar (permohonan ampunan).

2. Jika dosa-dosa dianggap remeh dan ringan.

3. Senang dengan dosa, bangga dan gembira melakukannya, serta tidak peduli bahawa dosa tersebut merupakan sebab penderitaan.
Apabila keseronokan melakukan dosa kecil telah menguasai seseorang maka dosa kecil itu akan menjadi besar kerana kekerapan dosa yang dilakukannya. dan ianya akan menghitamkan hati.

4. Jika dia terlena kerana Allah telah menutupi dosa-dosanya dari pengetahuan orang lain, terlena dengan kelembutan perlakuan Allah kepadanya.
sebenarnya dia tidak mengetahui bahawa Allah membiarkannya sedimikian dan menghiraukannya kerana murka sehingga dia berbuat dosa dengan lebih jauh lagi. Kemudian dia menyangka bahawa dengan tidak terbongkarnya dosa-dosa yang dilakukan itu adalah kerana beranggapan Allah tidak murka kepadanya.

5. Jika seseorang melakukan dosa kemudian dia membongkarkannya dengan menceritakannya setelah dia lakukan. Atau dia melakukan dosa dihadapan orang lain.
maka orang yang melakukan dosa itu kemungkinan akan menggerakkan minat orang yang mendengarnya untuk melakukan hal sepertinya atau yang menyaksikan perbuatan itu. jika itu menyebabkan orang lain tergerak untuk melakukan hal yang sepertinya dan terdorong kepadanya serta menjadi sebab ke arah pelanggaran dosa tersebut, maka jadilah pelanggaran dosa yang dilakukannya itu sehingga dosa menjadi lebih keji.


***Kesan dan pengaruh kemaksiatan dan dosa terhadap pelakunya ialah :

~Terhalang untuk mendapatkan ilmu.

~Terhalang untuk mendapatkan rezeki.

~Melemahkan hati dan badan.

~Menghilangkan keberkatan usia.

~Membuat seseorang lebih gemar mengerjakan maksiat.

~Menyebabkan seseorang meremehkan Tuhannya.

~Menyebabkan seseorang memandang remeh terhadap dosa-dosa

~Merosakkan akal.
Sesungguhnya akal adalah cahaya sedangkan kemaksiatan itu dpt memadamkan cahaya akal.
Jika cahaya akal telah padam, maka akan tumpullah ia.

~Dosa-dosa akan menimbulkan pelbagai bencana di bumi.

~Menghilangkan perasan malu.

~Menimbulkan keresahan dan kegelisahan.

~Membutakan mata hati.

~Menjatuhkan martabat.

~Menyebabkan putusnya hubungan dengan Allah.

Selasa, 4 Ogos 2009

duhai sahabat...dengarkanLah..



ku tujukan lagu ini buat sahabat2 ku yg selalu dirindui..
mudah2an kita dpt bertemu lagi..kudoakan sahabat2 berjaya dalam
meneruskan perjuangan,,ku iringkan doa untukmu..

dengarlah sahabat2..bicara hatiku ini..

Isnin, 3 Ogos 2009

buat sahabat2ku...

Akrab Persahabatan
Album :
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara

Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah contohilah Rasullulah
Di dalam bersahabat
Ukhuwah dan mahabbah kita jalinkan
Bina keharmonian

Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua

dalam kenangan

Nostalgia
Album : Amal Kerana Allah
Munsyid : Shoutul Amal
http://liriknasyid.com


Terkenang sebuah memori lalu
Kisah persahabatan kita bersama
Di dalam satu pengajian
Menuntut ilmu dan pengalaman
Mengingatkanku pengorbananmu
Terpahat padu di kalbuku

Bersama rakan taulan dan guru
Tawa riangmu menghiburkan hatiku
Indahnya suasana ketika itu
Terjalin ukhuwah sejati

Nasihatmu sungguh bermakna bagiku
Mengenalkanku erti kehidupan
Susah payah kita hadapi bersama
Itulah asam garam dalam kehidupan

Ya Tuhanku tabahkan hatinya
Kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayang-Mu
Agar hidupnya sejahtera di dunia akhirat

Lirik: Shauqi
Lagu: Munirah
Solo: Mohd Sobri Abdullah

~kite tengok sape paling bnyk score~