BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Isnin, 31 Ogos 2009

~SALAM KEMERDEKAAN~

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Ulang Daripada Mula

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!


Lirik lagu ni tidak pernah lupe...dr kecil lg lagu ni lah yg selalu kudengar...
lagu yg pnh dengan makna tersirat..
semoga kita sume sme2 merdeka dr segi pemikiran akhlak dan perlakuan..
merdeka kan lah diri kepada yang lebih baik agar menjadi insan yg berjaya dan berguna pada diri sendiri,keluarga,kawan2,masyarakat, bangsa dan negara...insyaAllah...
wassalam..(^_^)

Ahad, 30 Ogos 2009

salam Ramadhan~

ASSALAMUALAIKUM...

alhamdulillah akhirnye kte dapat lg berjumpa bln Ramadhan yg mulia lg barakah ini pada kali ini..
mudah2an di bulan yang baik ini kita semua tidak lepaskan peluang tuk mempertingkatkan amal ibadah n semaikan sifat mahmudah serta di bulan inilah masa yang terbaik untuk mengubah dri kita, muhasabah diri kita agar menjadi insan yang lebih sempurna dan sentiasa bersujud pada-Nya yang mana di bulan inilah syaitan2 di gari, ditutup pintu api neraka dan dibuka pintu syurga,,dan sesiapa sahaja yang bertaubat pada-Nya inAllah pada bulan Ramadhan inilah dibuka seluas-luasnya pintu Taubat..betapa Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani terhadap hamba2 Nya..

dan aku juga tidak lari dari kesilapan dosa-dosa ya Allah..di bulan yang mulia ini..aku dgn rasa rendah dirinya,,memohon ampun n maaf kepada semua yg mengenali diriku,,,sekiranya pernah menyakiti hati, tersalah kata, terhiris hati kalian..

semoga kita same2 dpt memperbaiki diri kepada yang lebih baik..
salam Ramadhan ikhlas dariku...=)

albi nadak~

Rabu, 19 Ogos 2009

bioadata imam Nasaiy & kitab syarah sunan Nasaiy


SIFAT FIZIKAL KITAB

ü Judul kitab : Sunan al-Nasa'iy bisyarh al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti wa Hasyiah al-Imam al-Sindi

ü Nama pengarang : Al-Suyuti dan al-Sindi

ü Terbitan : Dar al-Riyan lil tirath al-Qahirah

ü Bilangan kitab : 4 buah kitab

ü Bilangan jilid : 8 jilid

ü kulit kitab : Berkulit keras dan berwarna hijau tua.

ü warna tulisan kitab : Emas


PENGENALAN KITAB SUNAN AL-NASA'IY

Sunan al-Nasa'iy adalah salah satu daripada beberapa kitab hadith yang masyhur. Kitab Sunan al-Nasaiy pada mulanya dikenali sebagai Sunan al-Nasa'iy al-Kubra yang mengandungi hadith sahih, hasan dan dacif.


Apabila beliau disuruh untuk mengumpulkan hadith sahih sahaja oleh seorang penguasa, maka beliau telah mengumpulkan hadith sahih tersebut di dalam sebuah kitab iaitu Sunan al-Sughra atau al-Mujtaba min al-Sunan. Walaubagaimanapun masih terdapat di dalam Sunan al-Sughra ini sedikit hadith dacif. Dari segi kesahihannya dia adalah mengiringi Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim dan hadith yang dacif itu beliau menjelaskan tentang kedacifannya. Kitab sunan ini disusun mengikut bab-bab fiqh sepertimana sunan yang lain.


Nama Sunan al-Nasa'iy


Kitab Sunan al-Nasa'iy mempunyai pelbagai nama. Menurut al-Suyuti sebagaimana yang dicatat oleh Muhammad cAbd al-Hayy al-Kanwi, antara nama-nama bagi sunan al-Nasa'iy ialah :


i. Al-Mujataba :

Iaitu al-Mujtaba min Sunan al-Kubra. Makna al-Mujtaba ialah al-Mustafa iaitu yang terpilih. Maksudnya pilihan daripada Sunan al-Kubra.


ii. Sahih al-Nasa'iy :

Iaitu menurut khatib al-Baghdadi sebagaimana yang dicatat oleh ibnu Kathir.


iii. Al-Sunan (Sunan al-Nasa'iy) :

Inilah nama yang paling masyhur dikalangan ahli-ahli hadith.


LATAR BELAKANG IMAM AL-NASA'IY


Biodata


ü Nama sebenar :

Al-Hafiz Abu cAbdul Rahman Ahmad bin Syucaib bin cAli bin Sunan bin Bahar bin Dinar al-Khurasani al-Nasa'iy. Sebahagian kitab lain tercatit namanya sebagai Ahmad bin cAli bin Syucaib. Kunyahnya ialah Abu cAbdul Rahman. Manakala al-Nasa'iy adalah nisbah kepada Nasa iaitu tempat beliau dilahirkan. Beliau terkenal dengan nama al-Nasa'iy.

ü Kelahiran :

Beliau dilahirkan pada tahun 215 H bersamaan 839 Masihi di Nasa iaitu sebuah desa terkenal di Khurasan.

ü Sifat Fizikal:

Imam Nasa'iy disifatkan sebagai seorang yang tampan dan mukanya berseri-seri dan bercahaya.


Pendidikan

Merupakan seorang yang luar biasa kecerdasan otaknya. Ini dapat dibuktikan bahawa semenjak kecil lagi beliau telah menunjukkan tanda-tanda luar biasa dan sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau sering bertemu dan berbincang dengan ulama' yang agung yang sezaman dengannya walaupun usianya masih terlalu muda.

Ketika beliau berusia 15 tahun, beliau menjelajah dan mengembara ke serata daerah dan tempat untuk menimba ilmu pengetahuan dan untuk mempelajari berbagai ilmu pengetahuan daripadanya ulama' yang ada pada waktu itu. Antara daerah dan negeri yang pernah dijelajahi imam al-Nasa'iy ialah Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan Jazirah. Beliau juga telah mempelajari hadith daripada Qutaibah ibn Sacid iaitu seorang tokoh hadith yang terkenal dan al-Nasa'iy telah berguru dengan beliau selama setahun dua bulan.

Berkat usaha dan ketekunan serta anugerah kepintaran yang ada pada diri beliau, dalam usia yang masih muda beliau telah dapat menguasai hampir semua ilmu yang dipelajarinya tentang hadith dengan mendalam sehingga tentang sanadnya sekali


Ketinggian ilmu dan pengetahuan imam al-Nasa'iy

Al-Nasa'iy mempunyai bijaksana yang amat istimewa, ingatan yang kuat, ilmu yang banyak dan

berpengetahuan luas. Beliau merupakan salah satu dari imam yang hafiz dan termasuk pakar ilmu agama

Islam yang kenamaan. Beliau adalah tokoh ulama hadith yang ketinggian ilmunya telah diakui oleh

rakan-rakan ahli hadithnya sehingga mereka kagum dan amat mempercayai dirayah dan kejujuran

riwayatannya. Di samping al-Nasa'iy mempunyai ilmu yang luas mengenai al-Hadith al-Sharif, beliau juga

merupakan seorang ulama' di bidang ilmu Fiqh. Kesaksian al-Daru Qutni iaitu alim ulama mengatakan

bahawa al-Nasa'iy merupakan ulama' yang paling menguasai bidang ilmu Fiqh di antara syeikh-syeikh

Mesir di zamannya, beliau juga merupakan ulama hadith terbesar.

Kesaksian Abu Sacid bin Yunus penulis kitab sejarah Mesir : “Imam al-Nasa'iy adalah seorang tokoh hadith

yang dapat dipercayai, kuat ingatan dan hafalannya. Beliau tiba di Mesir dan bermukim di sana dalam

waktu yang sama. Selama itu beliau banyak mencurahkan segala ilmunya kepada para pelajarnya, sehingga

para pakar ilmu-ilmu agama mengakui ketinggian ilmu beliau.


Sifat terpuji imam al-Nasa'iy

Imam al-Nasa'iy merupakan seorang yang berpandangan luas, lurus hujjahnya, jelas keterangannya, pintar dan cerdik otaknya dan kuat tubuhnya. Beliau sentiasa berhati-hati dalam memelihara dirinya terutama di dalam pemakanan, pemakaian, serta keseronokan.. Beliau juga merupakan seorang imam hadith yang terkenal dengan ketakwaan dan kewarakannya dalam beribadat kepada Allah dan sentiasa beristiqamah dalam menunaikan tahajjud pada waktu malam.

Kerana ketakwaan dan kewarakannya, jika meriwayatkan suatu hadith, maka imam al-Nasa'iy akan menyebutkan: “telah dibacakan dan aku mendengarnya sedemikian”. Beliau tidak pernah mengatakan atau mengucapkan "haddathana atau akhbarana". Atau dengan kata lain “telah diberitahukan kepada kami”. Beliau juga sentiasa melakukan sunat puasa dan juga tidak pernah terlepas dari mengerjakan haji dan umrah pada setiap tahun.

Selain itu juga, beliau mempunyai tahap keberanian yang amat tinggi dalam segala gerak gerinya dan seorang yang pemurah. Beliau juga terkenal dengan sifat zuhud, di mana zuhud yang diamalkan oleh al-Nasa'iy merupakan zuhud yang amat memahami dan mendalami ilmu syariat serta hadith.

Di antara kezuhudan al-Nasa'iy ialah jihadnya terhadap nafsunya sendiri sehingga ia menjadikannya begitu

mudah mengikut kehendaknya tanpa paksaan. Selain itu beliau juga suka menjauhkan diri dari segala

kejahatan dan sentiasa mengelakkan majlis-majlis orang yang berpengaruh atau berkuasa. Dan yang

menarik mengenai imam al-Nasa'iy ialah, beliau mempunyai empat orang isteri dan bersikap adil terhadap

isteri-isterinya.


Hasil karya

Imam al-Nasa'iy telah mengarang beberapa buah kitab yang sangat bernilai dan bermanfaat bagi umat Islam. Di antara hasil-hasil karya imam al-Nasa'iy ialah :

i. Kitab al-Sunan al-Kubra

ii. Kitab al-Sunan al-Mujtaba (Al-Mujtaba min al-Sunan al-Kubra)

iii. Kitab al-Dhucafa' wa al-Matrukin

iv. Kitab al-Tamyiz

v. Kitab al-Jarh wa al-Tacdil

vi. Musnad Malik

vii. Al-Manasik

viii. Al-Khasais Fadha'il al-Sahabah

ix. Al-Asma' wa al-Kunni

x. Macrifat al-Ukhuwah


Kewafatan

Beliau wafat pada bulan Syacaban tahun 303 Hijrah. Beliau wafat di satu tempat bernama al-Ramlah di Palestin. Ada riwayat lain pula mengatakan beliau wafat di Mekah dan dikuburkan di antara Safa dan Marwah. Tetapi menurut al-Dhahabi tempat sebenarnya ialah al-Ramlah.


Sebab wafat

Pada 302 Hijrah ketika Imam al-Nasa'iy datang dari Mesir ke kota Damshiq, pengikut Mucawiyah bertanya kepada beliau mengapa beliau lebih mengutamakan sahabat cAli r.a daripada Mucawiyah. Jawab beliau : cAli lebih afdhal dalam segala seginya dari Mucawiyah. Ketika mereka bertanya padanya tentang hadith yang mengatakan keutamaan Mucawiyah, maka Imam al-Nasai berkata: aku tidak pernah mendengar adanya hadith tentang keutamaan Mucawiyah selain hadith yang mengatakan “la asyba’ Allahu bathnahu" (semoga Allah tidak pernah memberinya rasa kenyang diperutnya). Mendengar ucapan Imam al-Nasa'iy tersebut, maka penduduk negeri Syam menghalau beliau sehingga beliau dikeluarkan dari masjid dalam keadaan sakit parah. Kemudian beliau dipindahkan di kota al-Ramlah (Palestin), ditempat inilah beliau wafat.

Menurut al-Hafiz Abu Hasan Daru Qutni : “Setelah imam al-Nasa'iy mendapat musibah di kota Damshiq, maka beliau minta segera dipindahkan ke kota Mekah, apabila sampai ke kota Mekah, maka beliau wafat di kota tersebut. Semoga Allah selalu memberi keharuman nama beliau dan memberi balasan pahala serta rahmat yang berlimpah-limpah.


~kite tengok sape paling bnyk score~