BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 10 September 2009

~peperangan di bulan Syawal~

..::PERANG UHUD::.

# dinamakan sebagai perang uhud kerana peperangan tersebut berlaku di tempat yang dikelilingi bukit uhud. Dan ianya merupakan satu platform untuk Quraisyh membalas dendam terhadap kekalahan mereka pada perang Badar yang lalu.

# kekalahan dalam perang Badar menyebabkan Quraisyh menyiapkan pasukan yang lebih besar iaitu 3000 pasukan, bersenjata lengkap termasuk 200 pasukan berkuda. tetapi pasukan Islam hanyalah sekitar 1000 orang.

# perang uhud terjadi pada hari Sabtu 7 Syawal tahun 3 Hijri, yang berakhir dengan kemenangan pihak Quraisyh. pasukan Islam yang syahid seramai 70 orang manakala dari Quraisyh gugur 20 orang.

# dibukit Uhud, Rasulullah telah mengarahkan 50 orang pasukan memanah supaya membuat kubu pertahanan di atas bukit dan arahkan mereka supaya tidak meninggalkan bukit tersebut samaada kalah atau menang sehingga diberitahu.

# pada awalnya kemenangan hampir sahaja diperolehi oleh pasukan Islam, pihak Quraisyh mula berundur dan lemah. tetapi kerana kilauan harta rampasan (ghanimah), mereka yang diarahkan oleh Rasulullah supaya menjaga di atas bukit (dibarisan belakang) meninggalkan bentengnya. sehingga Khalid ibn Walid dengan pasukan berkudanya menyerbu dari belakang (iaitu melalui bukit yg ditinggalkan oleh pasukan pemanah yang diarahkan tadi). yang mana menjadikan pasukan Islam kucar-kacir dan Nabi sendiri mengalami luka-luka. dan ada juga terdapat dakwaan dan anggapan dari pasukan Islam mengatakan Nabi terkorban yang menyebabkan tentera Islam menjadi lemah dan tidak semangat sehingga mereka berpecah (sebahagiannya lari dan sebahagian masih berperang).

# tetapi sebenarnya Nabi dan sahabat (Abu Bakar, Umar dan Ali) masih selamat walaupun mengalami luka. dan ada dari pihak Quraisyh yang datang kepada Nabi untuk membunuh baginda iaitu Ubai bin Khalaf. tetapi baginda sempat mengambil lembing dan terus menikam Ubai sehingga mati dan itu merupakan pembunuhan pertama dilakukan baginda.

# dalam peperangan ini juga, Hamzah bin Abd Mutalib yang merupakan salah seorang panglima Islam turut dibunuh, yang mana dadanya ditebuk dan hatinya dikunyah oleh Hind iaitu isteri Abu Sufyan.

# sebab-sebab kekalahan umat Islam di perang Uhud :
1. perpecahan dalam menerapkan strategi perang, antara yang bertahan dalam kota dan yang bertahan dalam kota. banyak pengikut perang uhud mereka yang baru masuk Islam. niat dan motive mereka tidak lagi sebersih niat ketika perang Badar. tetapi kerana inginkan harta rampasan. Pasukan memanah yang ditugaskan menjaga celah antara dua bukit dibarisan belakang, tergoda dengan harta rampasan sehingga mereka meninggalkan benteng mereka.

2. Nabi tidak membolehkan orang Yahudi ikut perang, kerana kurang percaya pada kesetiaan yahudi. Orang munafikin di bawah Abdullah ibn Ubay berpatah balik ke Madinah dengan 300 org pengikutnya sehingga yang berangkat berperang hanyalah 700 pasukan.

3. Adanya keyakinan yang berlebihan pada sebahagian umat Islam pada kemenangan kerana berpengalaman dalam kemenangan perang Badar.

# Kesan perang Uhud :
bagi umat Islam, terjadi krisis kepercayaan dan sedikit kebingungan akan janji kemenangan dari sisi Allah. Bagi Quraisyh dapatlah mereka membalaskan sakit hati kekalahan Badar.
dan mendapat ejekan dan celaan dari yahudi dan munafik Madinah setelah pasukan Islam pulang dari perang yang mengatakan bahawa umat Islam pasti selamat kalau tidak pergi berperang.

# Pengajaran dari perang Uhud :
umat Islam harus sentiasa rendah hati dan tidak boleh sombong mendapati sesuatu kemenangan. dan hendaklah memperbaiki niat untuk berjuang di jalan Allah mencari keredhaan-Nya. dan setiap arahan ketua haruslah dipatuhi.

~peristiwa di bulan Ramadhan~

..::PERANG BADAR::..

# Perang Badar tercetus kerana Quraisyh khuwatir khalifah yang dipimpin oleh Abu Sufyan yang membawa dagangan sebesar 50.000 dinar, yang dimiliki hampir semua keluarga Quraisyh akan diganggu oleh umat Islam. tetapi Abu Sufyan menggunakan laluan lain dan tidak bertemu dengan pasukan Islam.

#Peperangan terjadi di Badr, pada waktu pagi hari Jumaat, 17 Ramadhan 2 Hijri, antara 300 pasukan Islam dan 1000 pasukan Quraisyh. setelah didahului oleh masing-masing tiga wira Islam dan Kafir, peperangan terus berlangsung, dengan bantuan Allah akhirnya umat Islam memenangi peperangan tersebut. 14 umat Islam syahid dan 70 orang Quraisyh terbunuh.
di antara orang Quraisyh yang mati : Abu Jahl, Uqbah bin Abi Mu'ayat, Utbah bin rabi'ah dan lain-lain lagi.

#Penyebab kemenangan umat Islam dan kekalahan Quraisyh :
1. Keimanan kepada Allah, keyakinan akan kebenaran Nabi dan perjuangannya.
2. Kesatuan hati dan semangat jihad
3. Umat Islam pergi ke medan perang bukan kerana dipaksa, tetapi panggilan keimanan dan balasan dari sisi Allah.
4. Pasukan Quraisyh semenjak persiapan sampai ke medan perang, saling berselisih pendapat. dan sebahagian mereka berangkat perang dalam keadaan ragu-ragu dan separuh hati.
5. Rasa percaya diri yang berlebihan iaitu mendekati sifat takabbur dan sombong.

#Kesan kemenangan Badar :
bagi umat Islam, perang badar menjadi bukti kebenaran Nabi dan janji Allah bagi yang berjuang di jalan Allah. Kedudukan Nabi di mata penduduk Madinah dan sekitarnya semakin tinggi. Mereka yang sebelumnya ragu2 mulai saat itu semakin yakin. tapi bagi golongan munafikin dan yahudi mereka mulai iri hati dan dengki. dan bagi Quraisyh merupakan tamparan yang teramat keras.

pada bulan syawal pula telah berlaku sekali lagi peperangan yg mana ianya sebagai satu platform untuk Quraisyh membalas dendam thadap pasukan Islam akibat kekalahan mereka pada peperangan Badar..
peperangan tersebut ialah......(to be continue) ^_^

~SABAR~ ( bil.1 )

...PERANAN SABAR DALAM KEHIDUPAN...

-pengertian Sabar : berasal dari kalimah Arabصبر يصبر صبرا
yang bererti cekal hati ke arah mencapai sesuatu kejayaan atau keras hati dalam menghadapi musibah atau cubaan yang mendatang serta menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh membawa padah.
-sifat bersabar ke arah mentaati Allah dan meninggalkan segala yang dilarang seringkali diistilahkan sebagai warak seperti yang dimaksudkan di dalam firman Allah surah ali Imran ayat 200 (boleh rujuk dalam Quran). ayat tersebut merupakan suruhan Allah ke atas hamba-hambaNya supaya bersabar serta tetap iman dalam melaksanakan perintah agama yang disyariatkan oleh Allah dengan penuh rasa ketakwaan kepada-Nya.
-dalam bahasa arab, Sabar juga diertikan sebagai menahan atau mematuhi. jadi, sabar bermakna menahan perasaan dan tidak bertindak.sebagai contoh : si pulan itu bersabar apabila dilaksanakan hukuman ke atasnya, iaitu diam tidak melawan, bermakna tidak bertindak atau menegah daripada melakukan sesuatu (prof. al-Qurdhawi. Tt.hlm 10).
-dalam bahasa melayu, sabar sering diertikan dengan menahan daripada segala penderitaan, seperti kesakitan, kesusahan, tidak terburu-buru, sentiasa tenang dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.


Selasa, 1 September 2009

sambal udang petai

~bahan-bahan :

8 ekor udang harimau
15 biji petai
125 gm cili kisar
2 ulas bawang merah (dikisar)
1 bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

~cara-caranya :

1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar. Kacau lagi sehingga naik minyak
3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
4. kemudian masukkan udang. Gaul dan biar hingga udang masak
5. Masukkan petai dan kacau seketika.
6. Akhir sekali masukkan bawang besar untuk rasa yang lebih wangi.

senang dan mudah untuk disediakan..lagi2 pada bulan puasa ni..bolehlah disediakan sewaktu hendak berbuka puasa...selamat mencuba! (^_^)

~kite tengok sape paling bnyk score~