BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Memaparkan catatan dengan label alkisahku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label alkisahku. Papar semua catatan

Sabtu, 21 Mei 2011

TERIMA KASIH CIKGU!!

بسم الله الرحمن الرحيم

...... السلام عليكم ورحمة الله وبركاته......


Kisahku bersama cikgu2 ku...

~TADIKA PASTI~
TAHUN 1994

ketika itu aku masih berumur 6 tahun...aku masih kecil sekali, tidak pandai mengeja, tidak pandai mengira, tidak pandai menulis tidak pandai membaca, tidak pandai mengaji..aku tidak mengerti apa-apa..tapi dengan izin ALLAH aku dihantar ke Tadika Pasti oleh ibu ayahku....sedikit demi sedikit aku mengerti, aku bisa mengenal huruf A B C, ALIF BA TA, bisa mengeja , menulis, mengira 1 2 3, membaca dan sebagainya..cikgu ku tidak putus asa mendidik ku, mengajarku sehingga aku boleh melakukannya..
TERIMA KASIH CIKGU!!



~SEK KEB DESA TEMU JODOH~
TAHUN 1995-2000

bila umur ku meningkat 7 tahun, maka tamatlah pendidikan ku di Tadika Pasti..dan seterusnya ibu ayahku menghantar ku ke SEK KEB DESA TEMU JODOH. aku mendapat di sekolah tersebut selama 6 tahun iaitu dari umurku 7 tahun sehinggalah 12 tahun.
bila tiba di sekolah ini, semakin banyak ilmu yang aku pelajari..bermacam2 benda baru aku perolehi... tanpa jemu dan penat lelah, cikgu-cikgu ku tetap sabar n tabah mendidikku....memberi tunjuk ajar, membantuku semua perkara yang baru bagiku...
sehingga usia 12 tahun, aku dan kawan2 menduduki peperiksaan UPSR,..cikgu-cikgu semakin bersungguh mendidik kami untuk memberikan kejayaan kepada kami.....Alhamdulillah, dengan berkat ibu bapa, guru-guru aku berjaya dalam UPSR...
TERIMA KASIH CIKGU!!



~SEK MEN AGAMA (ARAB) BUGISIAH TAMPOK~
TAHUN 2001-2005
bila umurku masuk 13 tahun....aku menyambung pendidikanku di Sek Men Agama (Arab) Bugisia Tampok..sebelum masuk sekolah ini, aku keliru untuk memilih sekolah, sama ada sekolah di tempat sendiri ataupun Sek Arab....
tapi dengan izin ALLAH..aku ditakdirkan berada di SEK MEN AGAMA BUGISIAH TAMPOK...ini merupakan pilihanku sendiri.....terima kasih pada keluarga yang sanggup menghantarku ke sekolah tersebut....tidak sangka pada usia 13 tahun, aku terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana duduk asrama...rumahku dengan sekolah agak jauh..
di sekolah ini, aku mempelajari lagi satu ilmu baru, iaitu BAHASA ARAB..pada mulanya, aku tidak mengerti....tapi dengan berkat guru-guru yang tidak jemu mendidik ku,,maka sedikit demi sedikit, aku mula mengerti dalam subjek BAHASA ARAB...
agak tercabar bila masuk sekolah ini kerana semua murid perlu belajar 2 bidang, iaitu bidang akademik dan Arab...
banyak imu baru aku dapat di sekolah ini,....aku boleh melakukannya...guru-guruku banyak mengorbankan tenaga demi kejayaan anak muridnya...
TERIMA KASIH CIKGU!!!



~MAAHAD JOHOR~
TAHUN 2006

Alhamdulillah..akhirnya aku berjaya dalam peperiksaan SMA (sijil menengah Agama) dan SPM...dengan keputusan yang agak baik,,,aku diterima masuk ke MAAHAD JOHOR..hanya setahun sahaja aku di sini,,tp di sinilah banyak perkara yang aku pelajari.. di sini aku menyambung lagi untuk bidang agama (Arab)...dan disini aku menduduki peperiksaan besar STAM iaitu peperiksaan Sijil Tingga Agama Malaysia...
guru-guru di sini, banyak memberi tunjuk ajar, banyak mencurahkan ilmu mereka kepada kami...mendidik kami sehingga kami berjaya dalam STAM.....sabar dan tabah melayan kerenah kami...sentiasa membantu ketika kami memerlukan....
TERIMA KASIH CIKGU!!



~MARSAH~
TAHUN 2007 (3 BULAN)

selepas tamat di Maahad Johor..aku mengambil kursus Bahasa ARab 3 bulan sahaja sementara menunggu keputusan kemasukan universiti...
selama 3 bulan aku belajar Bahasa ARAb..cara bercakap dalam bahasa Arab..paling best, guru yang mengajar adalah orang Arab..
TERIMA KASIH CIKGU!!!




~UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA~
TAHUN 2007-2010

Alhamdulillah, aku diterima masuk ke UKM..dalam bidang Pengajian Islam pengkhususan dalam pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah..
di sini, kami dididik oleh pensyarah yang sangatlah kami hormati...banyak ilmu yang kami dapat daripada mereka....Alhamdulillah dengan berkat didikan mereka dan doa mereka serta ibubapaku..aku berjaya akhirnya....dan kami selamat menamatkan pengajian di UKM dan selesai sudah majils konvokesyen kami...
TERIMA KASIH CIKGU!!!


~terima kasih kepada insan yang bergelar cikgu, guru, ustaz, ustazah, pensyarah dan yang pernah mendidik saya termasuk ibu bapa saya.....
tanpa mereka, siapa lah saya di muka bumi ini.....tanpa usaha mereka, ke manakah agaknya sekarang saya berada....
semuanya ketentuan ALLAH..
tetapi perlu lah ingat....walaupun guru berkorban untuk kita dan lakukan untuk kita supaya berjaya, yang penting sebenarnya adalah diri kita...
tanpa usaha kita,,, sia2 sahaja usaha guru-guru kita...
ingatlah kata-kata ALLAH, mafhumnya:
"Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri"...

jadi, berusahalah untuk mengubah diri agar menjadi insan yang berguna dan dapat memanfaatkan untuk orang lain..selagi ada doa dan usaha, insyaALLAh...tidak mustahil kejayaan akan menjadi milik kita...~



Ahad, 1 Ogos 2010

~keberadaanku di Bumi ukm~

Alhamdulillah syukur padaNYA...
akhirnya niat utk datang ke ukm tercapai juga....terima kasih buat sahabatku azimah yang sudi mbelikan tiket bas dr segamat ke seremban..tepat jam 12 tghari hari jumaat/30hb julai, bas transnasional yang aku naiki bergerak utk sampai ke destinasi..Alhamdulillah sepanjang 3 jam perjalanan, tiada perkara buruk yang berlaku...dan selamat sampai ke destinasi di ktm seremban..

sampai je di ktm seremban...masyaALLAH, ramai sungguh manusia di situ...tak tau plak hari jumaat tu kebanyakan pelajar asrama bercuti pulang ke kampung...tu yang meriah smacam ktm sremban...kalau dah ramai, mcm biasalah..nak beli tiket ktm trpaksa lah beratur panjang..hu2

tiba di ktm seremban, aku dah berjanji dengan seorang kwnku Wati utk tunggu di ktm..setelah menunggu, jam 3 lebih akhirnya berjumpa juga kami setelah lebih kurang 2 bulan xjumpe..

naik ktm dalam jam 430 petang..keadaan manusia yang sesak masa nak tunggu ktm menyebabkan kitorang berebut2 masuk dlm ktm..hu2..sampai ukm dlm kul5 lebih...

Alhamdulillah, sampai juga kami kat ukm...rasa mcm dah lame xdatang ukm..emm sebenarnya tujuan datang sini sebab nak uruskan hal konvo dan jpa..

31 hb hari start amik jubah konvo..sebab tu lah dtg ukm 30hb hari jumaat..=)

jubah konvo pun dah amik dengan wati...emm beratur panjang tu beselah..selesai je amik jubah konvo n cenderamata,...plan ngan wati nak p kajang...akhirnye p jugakla kami...berjalan sakan kat kajang sampai petang..hu2..lpas dr kajang tu,,xterus blk ukm..tp p bangi plak sebab ada pasar malam kat bangi..hehe..tp memang meletihkan sekali..bese lah,kalo da seharian berjalan mesti badan rasa letih..hu2..

baru 2hari aku berada di ukm...tp dah p berjalan..=)
insyaALLAH aku akan menetap di ukm sehingga lah tibe waktu konvo nanti 9hb Ogos 2010...
4hb-10 Ogos ade pesta konvo UKM..sahabat2 jemputlah datang..(^_^)

~kite tengok sape paling bnyk score~